Thursday, March 13, 2008

C.I.N.T.A


Assalamualaikum kepada semua..setelah sekian lama aku tidak menulis,hari ini aku meluangkan sedikit masa untuk meneruskan penulisan blog ini..
Hari ini,aku telah menonton sebuah filem indonesia yang bertajuk "ayat-ayat cinta".pada mulanya aku tidak berminat untuk menontonnya.tetapi setelah ada kawan2 yang syorkan untuk menonton,aku pun mengambil cerita itu dari seorang kawanku di hostel.minggu ini dan minggu lepas adalah minggu paling sibuk dalam kehidupanku di korea.bagi ako..tapi hari ini aku meluangkan masa untuk menonton filem ini yang dikatakan untuk pemahaman tentang cinta yang lebih mendalam dan menepati syariat islam..memandangkan hari esok iaitu hari jumaat aku tidak mempunyai kelas,dan tidak ada plan untuk membuat apa2 di rumah..aku pun sempat menghabiskan cerita indonesia itu..
Cerita ini banyak memberitahu aku apa sebenarnya erti cinta yang lahir dari hati.walaupun aku sendiri merasakan perkataan cinta itu adalah lawak untuk aku perkatakan..tetapi pada hakikatnya ia adalah perasaan yang lahir suci dari hati seseorang tanpa memandang dari segi luaran malah dari pangkal hati sendiri..sebenarnya cinta juga berkait rapat dengan jodoh yang ditentukan oleh allah yang maha kuasa.kenapa aku berkata demikian..??ini kerana kalau ada cinta tetapi jodoh nya tiada,tidak akan ada penghujungnya..cinta juga tidak boleh dipaksa.jika seseorang itu sudah mencintai seseorang dengan sepenuh hati,untuk menghalang perasaan itu adalah sangat mustahil.apatah lagi untuk memaksa seseorang untuk mencintai diri kita sedangkan dia sebaliknya.
Cinta merupakan lumrah dari allah subhanahuwataala yang diberikan kepada setiap manusia,tetapi kebanyakan manusia zaman sekarang menggunakan cinta sebagai haluan memuaskan nafsu diri masing-masing.jika kita meneliti cerita indonesia itu,cinta yang lahir dari hati tidak akan terserong dari agama malahan kita akan mempertahan cinta tersebut sehingga mencapai alam pernikahan..untuk umur seperti aku,pernikahan mungkin sangat jauh untuk difikirkan.tetapi cinta amat penting.kerana cinta juga seseorang itu hilang kawalan,kerana cinta juga seseorang itu mungkin terpesong ke jalan yang mungkar.oleh kerana cinta juga mungkin seseorang akan terlalu memikirkannya dan tidak memperdulikan yang lain.alhamdulillah aku bukan berada di golongan tersebut..insyaallah..
Walaupun lelaki muslim terdapat 4 kuota dalam hukum pernikahan,walaupun bunyi nya memang sedap berbanding non muslim yang hanya boleh mengahwini seorang sahaja.suami yang mempunyai seorang isteri pun sudah susah untuk menjaga dan mempertahankan rumahtangga.inikan pula untuk mengahwini lebih dari 1..(tetibe ckp psl ni plak,kiki)
Mata pun sudah layu..tangan pun sudah letih..jadi rasanya setakat ini sahaja cerita aku buat kali ini.kalau ada masa dan ruang lagi aku menulis lagi.sekian..wassalam..